Animasi

       

        Animasi (animation) bermaksud memberi “nyawa” kepada sesuatu imej.  Animasi adalah cara yang mudah menambahkan illusi pergerakan iaitu kelihatan seolah-olah memberi pergerakan tetapi sebenarnya tidak. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Secara keseluruhannya, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.
        Animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses menambahkan pergerakan kepada imej statik dengan menggunakan pelbagai kaedah. Animasi juga boleh merujuk kepada set grafik yang dipaparkan dengan pantas dalam bentuk siri bingkai (frame) atau objek mahupun aksara.
        Teknologi internet terus berkembang pesat sehinggakan imej dinamik ataupun animasi juga boleh dimasukkan ke dalamnya tanpa memerlukan masa pindah terima yang terlalu panjang. Terdapat pelbagai keadaan di mana animasi diperlukan penggunaannya di dalam sesebuah halaman web, antaranya ialah bagi menceriakan  sesuatu halaman web, menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas dan menjimatkan ruang storan di dalam sesuatu komputer pelayan (server) bila menggunakan animasi berbanding dengan video bagi menunjukkan peristiwa yang sebenar. Animasi juga digunakan bertujuan untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat diterangkan menggunakan media-media yang lain.

SEJARAH ANIMASI

·                     Animasi GIF (Animated GIF)
Merupakan teknologi animasi yang terawal  dan agak mudah untuk dihasilkan. Animasi gif sebenarnya merujuk kepada siri imej-imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berturutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik tadi akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan tadi (konsep yang digunakan di dalam pembangunan animasi jenis sel).
Animasi gif ini amat popular digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan menerusi halaman web atau lebih popular dikenali sebagai “banner”. Ia juga boleh digunakan bagi memaparkan logo atau sekadar membentuk ikon-ikon yang senantiasa berputar atau berkerlipan di halaman web. Antara perisian-perisian yang sering digunakan bagi tujuan pembangunan animasi gif ialah Ulead Gif Animator dan Gif Construction Set.

Kelebihan animasi  jenis gif ialah ianya boleh dimainkan di mana-mana komputer yang menggunakan pelayar web tanpa memerlukan perisian tambahan atau plug-in. Kelemahannya ialah  ianya tidak boleh diintegrasikan dengan audio serta tidak mampu berinteraksi dengan pengguna.


·                     Shockwave (Flash dan Director)

              Shockwave merupakan suatu piawaian yang amat popular dan mendapat sambutan ramai bagi tujuan persembahan multimedia menerusi internet. Ia bukan sahaja mampu memaparkan animasi malah juga berupaya menghasilkan interktiviti peringkat tinggi. Shockwave telah diterima ramai sebagai pelopor teknologi animasi menerusi internet. Ini kerana kebanyakan animasi berformatkan Shockwave menggunakan teknologi “Streaming dan bukannya Downloading”. Ini bermakna sesebuah animasi tersebut tidak perlu ditunggu sehingga selesai dipindahterima sebelum boleh dimainkan sebaliknya ia boleh terus dimainkan di skrin komputer disepanjang proses pemindahan terima.
  Teknologi Shockwave ini dipelopori oleh syraikat gergasi dalam bidang multimedia iaitu Macromedi Inc. Terdapat pelbagai jenis Shockwave yang ada antaranya Shockwave Director, Flash, Authorware dan juga Freehand.  Namun, untuk tujuan animasi, Shockwave Director dan Shockwave Flash  merupakan yanga paling utama.
Bagi membolehkan sesebuah sistem komputer memaparkan animasi berformatkan Shockwave ini, perisian pelayar web perlulah dibantu oleh perisian tambahan (plug-in) yang dinamakan Shockwave Player dan ianya boleh didapati secara percuma di http://www.macromedia.com.


PRINSIP ANIMASI

Animasi berlaku disebabkan oleh fenomena biologikal yang dikenali sebagai “persistence of vision”. Sesuatu objek yang dilihat oleh mata manusia akan dipetakan pada retina dalam satu jangka masa yang tertentu selepas ianya diperhatikan. Ini membolehkan berlakunya fenomena di mana satu siri imej yang silih berganti dalam satu jangka masa yang pantas dan singkat kelihatan seolah-olah satu ilusi yang hidup dan bergerak secara sendiri. Dalam erti kata yang lain, sekiranya kita mengubah kedudukan atau rupa bentuk sesuatu objek dengan pantas, mata kita akan mengandaikan perubahan tersebut sebagai satu pergerakan atau animasi.

Sesebuah video biasanya dibina dengan menggunakan 30 frame atau imej bagi setiap satu saat (30 fps), satu kepantasan yang mana setiap imej akan digantikan dengan pantas secara silih berganti. Ini membolehkan setiap imej yang dipaparkan seolah-olah berhubungan antara satu sama lain bagi menghasilkan satu pergerakan yang seolah-olah hidup.

Sesebuah animasi berkomputer pula biasanya akan berfungsi dengan baik sekiranya dibina dengan kadar antara 12 hingga 15 frame bagi setiap saat  (12 hingga 15 fps). Sekiranya jumlah fps yang digunakan kurang dari nilai tersebut, animasi yang dihasilkan akan tersangkut-sangkut kerana mata manusia sempat untuk melihat perbezaan yang berlaku semasa pertindihan antara frame.


KEPENTINGAN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA

1.                  Animasi menyediakan visual yang lebih dinamik kepada penonton
2.                  Animasi meningkatkan daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia
3.                  Animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar
4.                  Animasi lebih mudah dan hanya dibatasi oleh tahap kekreatifan seseorang.
5.                  Menjadikan kandungan sesuatu pelajaran itu lebih hidup dan ceria serta mampu meransang kecenderungan minat pelajar.
6.                  Menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses P&P

Contoh : perisian Sekolah Bestari

TEKNIK-TEKNIK ANIMASI

·                     Animasi Tradisional
Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilakukan menggunakan tangan. Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20 bingkai dan bayangkanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah animasi yang lengkap. Bagi menghasilkan animasi yang memakan masa 2 minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional, antaranya :

žAnimasi Tradisional
·                     Teknik animasi yang mana setiap pemidang dilukis dengan tangan.
·                     Merupakan bentuk animasi yang paling laris digunakan untuk pawagam sehinggalah kebangkitan animasi komputer.

ž    Animasi Henti Gerak (Stop Motion)
            contoh : animasi Pingu, clay animation
ž    Animasi Komputer
            contoh : 2D dan 3D

Format Fail Animasi
Format fail animasi yang paling popular antaranya ialah format daripada AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Animasi juga sering disimpan sebagai video klip yang mempunyai format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

APLIKASI ANIMASI
Terdapat pelbagai jenis aplikasi yang boleh digunakan bagi tujuan penghasilan animasi sama ada dua dimensi, tiga dimensi mahupun bagi tujuan penghasilan animasi kesan khas. Berikut merupakan beberapa perisian animasi yang utama mengikut kategori yang ditetapkan.
  • ž    Pendidikan
  • ž    Pengiklanan
  • ž    Seni Bina
  • ž    Arkeologi
  • ž    Kimia
  • ž    Perubata

Perkakasan Bagi Penghasilan Animasi
Animasi berkomputer boleh dihasilkan dengan menggunakan mana-mana sistem komputer multimedia masa kini. Sistem Komputer dengan keupayaan pemproses setinggi 600 Mhz, ingatan utama (RAM) 64 MB dan ruang storan 4.3 GB mampu menghasilkan animasi-animasi yang berkualiti tinggi bagi tujuan pembangunan aplikasi multimedia.

  Namun demikian, bagi penghasilan animasi-animasi yang lebih kompleks serta canggih sepertimana yang sering kita lihat melalui televisyen dan media-media elektronik yang lain, sistem komputer dari kategori stesen kerja (workstation), Silicon Graphics, Windows NT atau yang lebih canggih dan pantas diperlukan.



0 comments:

Post a Comment