Animasi 3 Dimensi

Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi. Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi tiga dimensi. Antaranya :
                                                                                                  
 #   Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)


#    Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lightning) 

#    Pemetaan (Mapping)


#    Rendering dan Animasi



Konsep Asas dan Pengertian 3 Dimensi dalam Membentuk dan Membuat Binaan
·      
     # Bentuk 3 Dimensi- Merujuk kepada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar atau nyata.
 #  Ia mempunyai isi padu, jisim dan dapat dirasa serta disentuh.
 # Ia juga merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.


3 Dimensi Effect

# Contoh karya seni visual yang mempunyai bentuk 3D ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu
# Bentuk 3D terbahagi kepada dua jenis, iaitu bentuk dapat dilihat dari pelbagai sudut (360 darjah) dan bentuk timbul (relief).
# Contoh bentuk yang dapat dilihat pada 360 darjah ialah arca, bangunan dan tembikar labu sayong
# Contoh bentuk timbul boleh didapati daripada arca yang dilekatkan pada dinding seperti ukiran kayu dan arca simen.   
  
Ruang 

·   Definisi –Ruang ialah susunan objek-objek yang menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan pada sesuatu gubahan.

·   Ruang juga merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain.
              
Ditunjukkan dengan objek di hadapan lebih besar dan semakin kecil apabila ia terletak semakin jauh.

·   Ruang juga digambarkan melalui penggunaan warna yang terang bagi objek yang dekat dan kelihatan semakin kabur pada objek yang terletak semakin jauh.

Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca seni bina dan segala ciptaan berbentuk 3 dimensi.

·  Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, kolaj dan lain-lain.




0 comments:

Post a Comment